MDNS terus sokong Hajiji dan kerajaan negeri

datuk-claudius-roman.jpg

Claudius Roman

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) akan terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Presiden MDNS Datuk Claudius Roman berkata, pihaknya juga akan terus menyumbangkan idea dan tenaga kepada Sabah dan seterusnya membangkitkan aspirasi kepada para ahli MDNS untuk lebih proaktif.

“Di kesempatan ini, kami dari MDNS ingin menyatakan ikrar bahawa kami akan terus menyokong penuh dan bekerjasama dengan kerajaan sekarang yang dipimpin oleh Hajiji.

“Kami akan menggunakan segala kudrat yang ada untuk turut sama bagi membangun dan memajukan masyarakat,” katanya pada Majlis Malam Patron di sini, kelmarin.

Beliau berkata, sejak MDNS ditubuhkan pada 20 Julai 2010, pelbagai aktiviti berjaya dilaksanakan. 2023 sahaja MDNS telah melaksanakan enam aktiviti.

“Antaranya, melaksanakan pilot projek di Kampung Purak Papar dengan pertanian, membuat kolam ikan dan hasil berkenaan akan diagihkan kepada penduduk kampung yang miskin serta semua anak yatim di Sabah secara percuma.

“Selain itu, kita juga adakan projek food basket kepada orang miskin di Kg Kemabong, Tenom, sumbangan kek Hari Raya kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, sumbangan hari Raya kepada Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS), Likas.

“Sumbangan kebakaran kepada mangsa di Kg Bakau, Likas dan sumbangan kepada Sabah Society For The Blind sempena kerja amal Deepavali di Tuaran,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top