MCMC Ambil Langkah Tangani Masalah Internet Di Tenom

menara-komunikasi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Berita baik untuk warga Tenom!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan pelbagai langkah kini giat diambil bagi menangani masalah internet yang dihadapi di Pekan Tenom.

Susulan laporan media pada 24 Jun 2021 mengenai beberapa orang guru dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa, Pekan Tenom, Sabah yang memandu sejauh 40 kilometer ke kawasan kampung anak muridnya di Kampung Bamban dan Kampung Batu 14  semata-mata untuk menghantar bahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) gara-gara kerana capaian internet lemah, Jabatan Komunikasi Koporat MCMC menjelaskan bahawa MCMC telah pun terdahulunya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan.

“Justeru, MCMC ingin memaklumkan bahawa sebuah menara komunikasi sedang dalam proses pembinaan di Kg. Bamban dan pembinaan berkenaan dijangka siap pada bulan April 2022,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu sebuah lagi menara komunikasi baharu akan dibina berdekatan dengan Kg. Batu 14, di bawah inisiatif pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan pembinaan tersebut akan bermula pada awal tahun 2022.

Kenyataan berkenaan memberi jaminan pembinaan kedua-dua menara komunikasi tersebut dijangka dapat mempertingkatkan liputan capaian internet di kawasan yang dimaksudkan selain membolehkan para penduduk menjalankan aktiviti seharian mereka dengan lancar.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top