MCA percaya PN lebih berpeluang menang PRN Sabah jika satu lawan satu

Sample9.jpg
Kongsi Bersama

Persatuan Cina Malaysia (MCA) percaya peluang Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lebih baik jika pertandingan satu lawan satu.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata usul itu menjadi salah satu agenda di dalam perbincangan pertama Barisan Nasional (BN) mengenai PRN Sabah.

“Kita akan mengadakan perbincangan kedua pada masa terdekat dan diharap mencapai kesepakatan mengenai satu lawan satu untuk memastikan kemenangan PN,” katanya.

Chong berkata demikian semasa berucap pada sidang media di sini, semalam, menjelang PRN Sabah dan mengumumkan penukaran status Perhubungan MCA Sabah kepada MCA Sabah (untuk autonomi).

Menyentuh mengenai MCA Sabah, beliau berkata agenda autonomi menjadi intipati perjuangan parti itu yang diberikan ruang memilih calon sendiri pada PRN 2020.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top