MBS Sambut Baik Pembinaan 1,500 Rumah Mesra SMJ

abqaree-mbs.jpg

Abqaree Fawwaz Abekan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkenaan keputusan Kerajaan Negeri untuk membina 1,500 Rumah Mesra SMJ (Sabah Maju Jaya) di kesemua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan peruntukan Geran Khas Kerajaan Persekutuan kepada Sabah.

Presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan (gambar), memuji kepimpinan Ketua Menteri Sabah kerana berjaya mendapatkan kenaikan Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah, iaitu peningkatan sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bermula 2022.

Katanya, keputusan ini akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Sabah yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah, selaras dengan inisiatif Hala Tuju SMJ untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top