MB Terengganu calon PN di Kemaman

dr-samsuri.jpg

Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Kongsi Bersama

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diisytiharkan sebagai calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Pengumuman itu dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada majlis Ceramah Perdana Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRK P.040 Kemaman di Dewan Terbuka Kemaman Arena Square, di sini, malam tadi.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS Pusat menerima lima nama untuk dipilih sebagai calon bagi PRK Parlimen Kemaman.

Katanya, kajian demi kajian dibuat kerana semua calon itu hebat belaka.

“Tetapi setelah membuat kajian di lapangan kita dapati calon yang dipilih ini adalah calon terbaik untuk Parlimen ini dan telah dipersetujui oleh seluruh pucuk pimpinan parti dan akar umbi,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian berlangsung pada 2 Disember manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal masing-masing pada 18 dan 28 November ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top