Mayat Wanita Ditemukan di Pantai Tanjung Aru

mayat.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mayat seorang wanita berbangsa Cina, 73, ditemukan di Pantai Tanjung Aru 3, berdekatan Stesen Meteorologi Kota Kinabalu di sini pada pagi hari ini.

Pegawai Penyiasat Razmi Omar berkata sebelum itu pihaknya menerima aduan daripada seorang anggota polis yang sedang bertugas di Kaunter Aduan Balai Polis Tanjung Aru yang melaporkan telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama Dahlan.

“Dahlan memaklumkan bahawa beliau telah menemui mayat seorang wanita yang terdampar di pantai Tanjung Aru 3.

“Pengadu kemudian membuat laporan makluman pertama dan mengarahkan elemen bertugas Balai Polis Tanjung Aru ke lokasi bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, Penyelia KK 123 bersama 7 anggota balai telah bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati wanita terbabit sebelum itu telah memandu sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda ke Pantai 3 Tanjung Aru untuk tujuan beriadah.

“Wanita tersebut telah mengunci kenderaannya dan meninggalkan dompet serta telefon bimbit dalam kereta tersebut.

“Kemudian wanita itu berjalan ke pantai dan dipercayai rebah lalu meninggal dunia,” jelasnya.

Pemerhatian luaran tidak menemui sebarang kecederaan di tubuh badan dan tiada sebarang kesan pergelutan.

Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah melibatkan kematian wanita itu dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR). – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top