Mayat Penunggang Motosikal Ditemukan Kembung, Berulat

mayat-xcident.jpg

MAYAT: Mayat mangsa diangkat dari lokasi penemuan untuk tindakan lanjut sebaik siasatan dijalankan.

Kongsi Bersama

KENINGAU: Mayat penunggang motosikal lelaki ditemukan dalam keadaan mulai kembung dan berulat di Sook di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata kematian mangsa dipercayai akibat kemalangan sendiri selepas motosikal dinaiki terbabas.

“Hasil siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa berumur 22 tahun itu menunggang motosikal seorang diri dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Tulid menuju ke Kampung Kuit di sini.

“Semasa dalam perjalanan, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika melalui satu selekoh tajam sebelum terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam parit berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya ditemukan dalam tempoh sehari atau lebih selepas kejadian di dalam parit berkenaan.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kejadian berlaku melebihi tempoh sehari atau lebih berikutan keadaan mayat yang sudah mulai kembung dan berulat.

“Mangsa menunggang motosikal seorang diri dan dipercayai meninggal dunia sebaik  kejadian berlaku,” katanya.

Menurutnya siasatan juga mendapati kemalangan disebabkan kecuaian mangsa sendiri berdasarkan kedudukan motosikal dan mayat mangsa.

Tambahnya siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Utusan Borneo

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top