Mayat Lelaki Hilang Ditemui, Disyaki Mangsa Serangan Buaya

serangan-buaya.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki yang hilang ketika memancing di muara sungai di daerah Beluran timur laut Sabah telah ditemui.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mayat Arasin Atang, 56, ditemui penduduk kampung pada pagi semalam (Khamis).

Dia dipercayai menjadi mangsa serangan buaya dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Arasin dilaporkan hilang di sepanjang muara sungai di Kg Obah di Paitan, Beluran kira-kira jam 1.30 tengah hari Rabu.

Sepasukan anggota bomba melakukan pencarian di permukaan dengan menggunakan bot penyelamat di sepanjang muara sungai tetapi mangsa tidak dapat ditemui serta-merta.

Orang ramai bagaimanapun menemui mayat di kawasan sama kira-kira jam 8.30 pagi Khamis (29 Sept) dan memaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top