Mayat Kanak-kanak Hilang 2 Hari ‘Dihantar Pulang’ Oleh Buaya

buaya-1.jpg

Mayat kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang mati lemas ditemui selepas dua hari dilaporkan hilang. - Foto Detik News

Kongsi Bersama

JAKARTA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang mati lemas ditemui selepas dua hari dilaporkan hilang.

Tubuhnya dibawa pulang oleh seekor buaya muara kepada keluarganya yang berada di tepi sungai.

“Pada Jumaat pagi lepas apabila pasukan melakukan pencarian orang hilang buat hari kedua, sekitar jam 7.00 pagi, pasukan mendapat maklumat daripada keluarga bahawa mereka melihat ada seekor buaya membawa jasad manusia. Ternyata jasad itu anak yang kita cari,” kata Ketua Pencarian dan Pertolongan Basarnas Kaltim Melkianus Kotta apabila dihubungi DetikCom.

Jasad kanak-kanak itu ditemukan di Perairan Muara Jawa, Kutai Timur. Pada masa itu mangsa dibawa dari tengah sungai menuju ke tepi sungai dan sedang ditunggu keluarganya.

“Jaraknya dari tempat kejadian itu adalah 1.5 kilometer. Saat buaya berada dekat keluarga, jasad itu dilepaskan buaya,” katanya.

Menurut Melkianus, jasad kanak-kanak itu terus dibawa ke bilik mayat. Apabila diperiksa, tidak ada sebarang anggota yang hilang.

“Tidak ada yang hilang, semuanya sempurna. Buaya ini malah membantu menemukan kanak-kanak itu,” kata Melkianus.

Punca kanak-kanak itu mati lemas masih belum diketahui. – AGENSI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top