Mayat bayi lelaki baru lahir ditemukan di tandas bilik homestay di Jalan Kepayan

polis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mayat bayi lelaki baru dilahirkan ditemukan di tandas sebuah bilik dipercayai ditinggalkan seorang wanita yang sebelum ini menginap di rumah yang dijadikan homestay di bangunan Jalan Kepayan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata mayat terbabit ditemukan selepas pekerja homestay terhidu bau busuk dari tandas berkenaan.

Katanya mayat bayi cukup sifat itu ditemukan di bahagian belakang tangki tandas kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

“Sebaik menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu bungkusan plastik di ruang bahagian belakang tangki tandas berkenaan.

“Dalam plastik itu ditemukan satu mayat bayi lelaki yang sempurna sifatnya dipercayai baru dilahirkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Beliau berkata mayat bayi terbabit dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE) untuk menjalani bedah siasat.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya sedang mengesan seorang wanita berumur 20 tahun yang mendaftar masuk ke homestay berkenaan.

“Wanita itu dipercayai mendaftar masuk ke homestay berkenaan tiga hari sebelum penemuan mayat bayi terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu katanya, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini agar menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 0111-2939436.

 

Sumber: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top