Mayat Bayi Dalam Beg Plastik Ditemui Di Tangga

bayi.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Mayat seorang bayi lelaki ditemui di dalam sebuah beg plastik yang diletakkan di tangga, berhampiran sebuah premis di Bundusan, dekat sini semalam.

Ketua Polis daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim, dalam kenyataan pada Rabu, mengesahkan telah menerima maklumat awam berhubung perkara itu pada pukul 1.10 petang.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar sepasukan anggota bagi menyiasat perkara itu yang kemudiannya menemui bayi itu.

Susulan penemuan bayi itu, DSP Haris berkata pasukan perubatan bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan bayi yang baharu dilahirkan itu telah meninggal dalam tempoh lebih kurang enam jam sebelum ia dijumpai.

Katanya, mayat bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Beliau berkata kes itu disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

DSP Mohd Haris meminta orang awam yang mempunyai sebarang informasi mengenai kejadian itu supaya segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, Inspektor Azerina Ali Omar di talian : 014-653 5238.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top