Maya Gesa Rakyat Sabah Segera Daftar Untuk Dapatkan Vaksin

Maya-Unduk-Ngadau.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Juara Unduk Ngadau Sabah 2021, Maya Hejnowska menggesa rakyat Sabah yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 agar tidak menangguhkannya.

“Sangat penting kita melakukannya secepat mungkin kerana vaksin adalah salah satu kaedah untuk melindungi diri kita sendiri dan orang di sekeliling kita,” katanya.

Dia menambah bahawa mendapat vaksin juga menjadi tanggungjawab semua rakyat Sabah sebagai warganegara.

Maya… selepas menerima suntikan dos pertama.

Maya yang mendapat dos pertama vaksin Pfizer di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) semalam menjelaskan bahawa adalah penting bagi Sabah segera mencapai imuniti kelompok.

Maya berkata, dia faham bahawa ada orang takutkan jarum dan disuntik.

“Itu juga terjadi kepada saya. Tetapi, ia tidaklah begitu menakutkan selepas anda berjaya mengharunginya.

“Benar apa yang orang kata rasa sakitnya seperti digigit semut. Bagi saya, proses suntikan amat cepat, kemudian selesai,” katanya.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top