Maximus Letak Jawatan Tiga Tahun Lagi Atau Lebih Awal

Dr-maximus.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Datuk Seri Maximus Ongkili mengumumkan akan meletakkan jawatan selaku orang nombor satu Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam tempoh tiga tahun dari sekarang atau lebih awal.
Jelas Ahli Parlimen Kota Marudu itu lagi, tindakannya mengumumkan awal mengenai perkara tersebut adalah bagi memberi garis masa kepada parti untuk menyusun beberapa perubahan dalam kepimpinan PBS.
“Ini adalah garis masa sekurang-kurangnya mereka tahu saya akan meletakkan jawatan dalam tempoh tiga tahun atau lebih awal.

“Kita lihat nanti pada pemilihan parti Khamis ini jika ada calon-calon yang layak untuk parti angkat. Tetapi yang penting pengumuman ini adalah untuk parti bersedia membuat perubahan,” katanya.

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) membuat pengumuman berkenaan ketika Majlis Perasmian bersama Persidangan Tahunan Perwakilan Pemuda dan Wanita PBS di Kota Kinabalu pada Selasa.
Maximus dijangka kekal menyandang jawatan Presiden PBS pada pemilihan tahun ini berikutan tiada pencabar. – Awani

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top