Maximus Kekal di Kota Marudu, DARD di Kota Belud, Jamawi di Tenom

Max-DARD-Jamawi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu pada PRU15 ini, sekali gus menamatkan cakap-cakap bahawa beliau akan berpindah ke Parlimen Tuaran.

Nama Maximus sebagai calon yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diumumkan oleh Pengerusi gabungan itu Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Majlis Pengumuman Calon-calon GRS-BN, di Magellan Sutera Ballroom, di sini, hari ini.

Bekas menteri persekutuan, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan pula menepati ramalan apabila kembali dicalonkan di Parlimen Kota Belud, kawasan yang pernah diwakilinya pada PRU 2008 dan 2013 sebelum berpindah ke Sepanggar pada PRU14.

Sementara itu bekas ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar pula diturunkan sebagai calon BN di Parlimen Tenom, manakala Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inonavasi, Datuk Yakub Khan masing-masing akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Putatan dan Parlimen Sepanggar.

Timbalan Ketua Menteri, yang juga Ketua UMNO dan BN Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin akan Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup akan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Bung di Kinabatangan dan Arthur di Pesiangan.

Dalam GRS pula, selain Maximus, tokoh lain yang akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU14 ialah Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kittingan.

Selain itu GRS menamakan dua pembantu menteri bagi menggalas misi mempertahankan kerusi Parlimen Kudat dan merampas kerusi Parlimen Tuaran.

Untuk Parlimen Kudat, misi itu diserahkan kepada Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Seri Ruddy Awah, sementara Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai akan bertarung di Tuaran.

Parlimen Kudat sebelum ini dimenangi oleh Datuk Abdul Rahim Bakri atas tiket BN tetapi kemudian berhijrah ke Bersatu, manakala Tuaran pula dimenangi oleh Datuk Seri Panglima Madius Tangau juga atas tiket BN, sebelum membawa parti yang diterajuinya UPKO keluar dari gabungan itu selepas PRU14.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top