Maximus Berhijrah Atau Tidak, Kota Marudu Tetap ‘Panas’

calon-kota-marudu.jpg

Atas: Wetrom dan Shahrizal. Bawah: Jilid (kiri).

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Selepas Parti Kesejahteraan Demokratik (KDM) menamakan timbalan presidennya, Datuk Wetrom Bahanda dan Warisan pula menamakan bekas diplomat Datuk Jilid Kuminding @ Zainuddin sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu, semalam parti

Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula mengumumkan calonnya untuk kerusi yang sama.

Parti yang menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan itu memilih Shahrizal Denci sebagai calon di kerusi yang menjadi kubu kuat Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili itu.

Pencalonan tersebut diumumkan oleh Amira Aisya, Timbalan Presiden Pengarah Pilihan Raya MUDA di Pejabat Utama MUDA Sabah di Kota Kinabalu pada Isnin.

Pencalonan pimpinan MUDA di Sabah adalah selaras dengan usaha MUDA untuk menampilkan wakil yang dekat dan faham dengan isu isu rakyat, aktif dalam politik serta sentiasa fokus dalam merangka dasar yang adil dan saksama untuk Malaysia.

Fokus MUDA pada PRU ke 15 kali ini adalah untuk memastikan Malaysia kembali menjadi negara yang maju dan berjaya.

Apakah Wetrom, Jilid dan Shahrizal akan benar-benar berdepan dengan Maximus atau calon lain menjadi perkara yang hangat diperkatakan.

Ini kerana Maximus disebut-sebut akan berpindah ke kerusi Parlimen Tuaran bagi mencabar penyandangnya Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Sama ada Maximus berpindah atau tidak, dan siapa juga yang menggantinya sebagai calon GRS dari kuota PBS, Parlimen Kota Marudu tetap akan menjadi medan pertembungan yang menarik. Ia akan menentukan apakah legasi PBS akan kekal di situ atau akan bermula satu episod baharu?

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top