MATTA Sambut Baik Keputusan Sabah Longgarkan Syarat Untuk Pelancong Lengkap Divaksin

pelancong.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ejen pelancongan dan pengembaraan menyambut baik keputusan kerajaan negeri Sabah memutuskan pengunjung ke negeri itu yang telah lengkap divaksin tidak perlu menjalani ujian calitan.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia Tan Kok Liang berkata dalam kenyataan: “Pengunjung tidak kira untuk tujuan bisnes atau percutian pasti akan menyambut baik perkara ini. Ini amat baik untuk pelancongan dengan kesannya turut dinikmati hotel, sektor pengangkutan serta restoran.”

Beliau berkata, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor memahami perlunya memacu industri pelancongan dan meningkatkan bilangan pelawat ke negeri berkenaan.

Hajiji pada Sabtu mengumumkan bahawa pelancong yang telah divaksin lengkap boleh memasuki Sabah tanpa melakukan ujian calitan mulai 1 Dis.

Beliau berkata, Sabah juga bersedia sepenuhnya untuk menerima kemasukan pelawat antarabangsa sebaik Malaysia membuka sempadannya, tahun depan.

Dengan sempadan antarabangsa semakin dibuka, Tan berkata industri pelancongan menjangkakan lebih banyak laluan perjalanan vaksinasi (VTL) atau mekanisme seumpamanya dengan negara lain, bagi menyambut pelancong asing.

Katanya, Singapura sudahpun mempunyai persetujuan VTL dengan 15 negara, malah bakal menambah enam lagi dalam senarai itu menjelang 6 Dis.

Seterusnya beliau menggesa kerajaan mewujudkan lebih banyak VTL atau gelembung perjalanan dengan segera, terutama memandangkan musim perayaan yang bakal menjelang.

“Selain Langkawi, destinasi pelancongan popular seperti Kota Kinabalu dan Pulau Pinang tidak patut dilupakan,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top