Mata Zeno Bawa Sinar Harapan Kepada Dua Pesakit

mata-zeno.jpg

Mendiang Zeno Linos - Foto ihsan JKNS

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang cef yang berasal dari Kampung Kokol, Menggatal dekat sini, menjadi penderma organ keempat di Sabah tahun ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin mendiang Zeno Linos, 31, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) kerana masalah kesihatan.

“Selepas keluarga dimaklumkan mengenai pilihan pendermaan organ, mereka bersetuju untuk mendermakan mata (sepasang kornea) kepada pesakit yang memerlukan.

“Prosedur pendermaan kornea disempurnakan dan kemudian prosedur pemindahan (transplant) berjaya dilaksanakan ke atas dua pesakit di HQE.

“Kedua-dua penerima terbabit ketika ini dalam proses penyembuhan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Zeno yang masih bujang adalah anak kelima daripada tujuh beradik.

Dr Rose Nani berkata, JKNS mengucapkan takziah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak keluarga mendiang atas anugerah kehidupan yang diberikan.

“Semoga roh mendiang diberkati dan pihak keluarga tabah menghadapi kehilangan ini,” katanya.

Mendiang Zeno yang berketurunan Dusun adalah anak kelima daripada tujuh beradik dan belum Walaupun sedih atas kehilangan orang tersayang, pihak keluarga bersyukur di atas peluang berbuat kebaikan dan berharap supaya menjadi contoh kepada masyarakat khususnya di Sabah mengenai pendermaan organ.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top