Mat Sabu dedah Pas putus hubungan DAP bukan sebab hudud tapi mahu bersama UMNO

mat-sabu-1.jpg
Kongsi Bersama

MUAR: Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul hadi Awang bahawa punca parti itu memutuskan hubungan dengan DAP kerana DAP menolak hudud adalah satu pembohongan dan tidak benar sama sekali.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Abdul Hadi tidak menceritakan perkara sebenar punca Pas tidak mahu lagi bekerjasama dengan DAP kerana parti itu mahu bersama UMNO selepas pilihan raya umum (PRU) pada 2013.

Beliau mendakwa, Pas memutuskan kerjasama dengan DAP kerana berhasrat mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan perkara itu dipersetujui dalam perbincangan Muktamar Pas pada 2015.

“Melalui perbincangan yang panjang tiba-tiba diisytiharkan Pas putus hubungan dengan DAP, tak timbul masalah hudud tak hudud ni. Ini kerana hal hudud telah dipersetujui dalam perbicangan sebelum itu (bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat).

“Ini kerana hal hudud sudah dipersetujui dalam perbincangan sebelum itu yang berlaku pada 29 September 2011 di Pejabat Pas di Jalan Raja Laut. Mereka yang hadir bagi pihak Pas adalah saya, Hadi Awang, (Datuk Seri) Dr Dzulkefly (Ahmad).

“Bagi pihak DAP wakil yang datang adalah (Tan Sri) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Anthony Loke manakala pihak Keadilan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan beberapa lagi,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang di Taman Sri Kaseh di sini pada malam Isnin.

Beliau berkata, menerusi perbincangan tersebut semua parti mencapai keputusan yang bersetuju dalam beberapa perkara seperti melawan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA ), menjadi kerajaan yang bagus, melawan rasuah dan menjunjung Perlembagaan.

 

Baca seterusnya di Sinar Harian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top