Masyarakat Perlu Terus Didedahkan Dengan Hak-hak Sebagai Pengguna – Shahelmey

shahelmey.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:: Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang hak-hak pengguna bagi meningkatkan kesedaran mereka sebagai pengguna.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata program-program tentang kesedaran pengguna perlu terus dilakukan.

“Isu-isu kepenggunaan dan juga aktiviti kempen kesedaran tentang hak-hak pengguna perlu terus dilakukan bagi mendidik masyarakat tentang hak-hak mereka sebagai pengguna.

“Ini juga dapat menyedarkan peniaga tentang tanggungjawab mereka terhadap pengguna,” katanya.

Beliau menjelaskan,langkah itu juga adalah antara usaha bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan terutamanya semasa tempoh pandemik ini.

“Kita sedaya upaya membantu kerajaan dan orang ramai mendepani isu-isu pengguna agar bebanan kesan daripada pandemik tidak terlalu mendalam terutama kepada ekonomi negara dan secara khususnya kepada orang awam.

Shahelmey yang juga Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Sabah dan Ahli Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) itu berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan selalu membuat pemantauan dan penguatkuasaan kepada peniaga yang ingkar .

“Masih terdapat segelintir peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan jualan.

“Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap perkara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri Sabah yang Pertama bagi Tahun 2021 kemarin di Kota Kinabalu.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah Merangkap Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri Sabah; Georgie Abas.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top