Masyarakat KDMR Perlu Terus Melangkah Seiring Cabaran Global – Yakub

yakub.jpg

Yakub berucap pada majlis sambutan Pesta Kaamatan DUN N.16 Karambunai 2022

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) diharap akan terus melangkah ke hadapan sesuai dengan cabaran global yang semakin hebat agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, ini terutamanya dari segi sains dan teknologi supaya dapat bersama-sama dalam membina bangsa Malaysia yang gemilang dan makmur.

“Saya berharap KDMR akan terus melangkah ke hadapan sesuai dengan cabaran global yang semakin hebat agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan, terutama dari segi sains dan teknologi untuk bersama-sama membina dan membawa bangsa Malaysia ke persada yang lebih gemilang serta menjaga kestabilan dan kemakmuran negara kita.

“Marilah kita sama-sama doakan agar bumi Sabah dan Malaysia ini terus dirahmati oleh Allah SWT, agar kita dapat hidup dengan penuh harmoni dan ekonomi Malaysia akan terus berkembang,” katanya semasa merasmikan sambutan Pesta Kaamatan DUN N.16 Karambunai 2022 yang dianjurkan oleh UMNO KDMR Sepanggar di sini kelmarin.

Turut hadir Ketua UMNO KDMR Sepangar yang juga pengerusi penganjur, Romeo Ansow.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai juga menyeru agar masyarakat KDMR sama-sama berusaha untuk memperkasa dan memartabatkan bahasa dan budaya masing-masing.

“Jangan biarkan kita hanya dikenali daripada pakaian dan tarian semata-mata.

“Dan lebih-lebih dengan cabaran bagi kita yang berada di kawasan sub urban seperti Karambunai ini, di mana arus kemodenan tidak dapat dielakkan, kita perlu mengambil ruang dan peluang bagi memartabatkan budaya kita.

“Kerana budaya ini sudah boleh menjadi salah satu sumber pendapatan dan penyumbang kepada sumber ekonomi setempat, seperti dengan memperkenalkan produk makanan tradisi, tarian dan macam-macam lagi yang boleh diangkat bagi sektor pelancongan di kawasan kita.

“Ianya bukan hanya bagi masyarakat KDMR sahaja, tetapi bagi semua kaum yang berada di kawasan ini agar sama-sama mendapat limpahan daripada arus kemodenan,” ujarnya.

Beliau berharap agar perayaan Pesta Kaamatan peringkat DUN Karambunai ini akan terus diadakan pada setiap tahun pada masa akan datang, dimana sekali gus kita akan jadikan acara ini sebagai tarikan pelancongan dan menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat khususnya di DUN Karambunai dan amnya kawasan Parlimen Sepanggar.

Yakub juga mengumumkan bahawa beliau akan memberikan peruntukan bagi membina sebuah dewan terbuka bersebelahan dengan Dewan Sarayo, Kampung Malawa.

 

Berita asal: Warta Oriental

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top