Masjid Di Sabah Digalak Buka Koperasi

julie-sabran.jpg

Julie Sabran

Kongsi Bersama

TELUPID: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menggalakkan masjid-masjid di seluruh Sabah untuk mewujudkan koperasi masjid.

Ahli Lembaga Pengarah SKM, Julie Sabran berkata, pihaknya melihat kariah masjid memiliki organisasi yang sudah tersusun dan ia adalah kelebihan dari segi pengurusan.

Katanya, masjid memiliki peluang besar untuk mewujudkan koperasi dan menyarankan organisasinya berbuat demikian.

“Sasaran kita kepada belia wanita dan masjid-masjid untuk membuka koperasi kerana ia berkaitan dengan perniagaan usahawan.

“Justeru, belia wanita dan kariah masjid perlu membuka koperasi sebagai usaha meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Ibu Tunggal dan Orang Kurang Upaya Anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia, di sini baru-baru ini.

Julie berkata, buat masa ini pihaknya menyasarkan untuk mewujudkan sebanyak 45 buah koperasi masjid di Sabah pada tahun ini.

“Saya juga ada berbincang dengan Timbalan Pengarah SKM Sabah berkaitan sasaran itu, manakala untuk daerah Beluran pula kita sasarkan sebanyak 10 koperasi,” katanya.

Jelasnya, pihak masjid boleh membuka perniagaan menjual peralatan berkaitan kelengkapan jenazah ataupun membuka kedai runcit dan pasar raya mini.

Beliau berharap kariah masjid di Sabah dapat mengambil peluang berkenaan, samada masjid di kampung, pekan atau kawasan bandar.

 

Berita asal: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top