Masjid Di DUN Lumadan Akan Disanitasi Untuk Cegah Penularan Covid-19

sanitasi-masjid.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Sejumlah 32 masjid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan akan disanitasi untuk membendung penularan Covid-19, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam menyambut baik program seumpama ini demi kebaikan penduduk di sini.

Masjid Pekan Mukim Gadong merupakan masjid pertama disanitasi. Kerja sanitasi tersebut juga akan diteruskan ke 31 masjid yang lain.

“Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan sukarelawan Bomba Pekan Gadong,” kata Ruslan dalam kenyataan medianya hari ini.

Sanitasi ini bertujuan mencegah penularan wabak Covid-19 dan ia akan dijalankan dari masa ke semasa. Kerja- kerja sanitasi dijalankan pada sebelah pagi.

Ruslan juga menyeru penduduk di daerah Beaufort untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa untuk kebaikan semua.

Beliau berkata, walaupun kes jangkitan di daerah Beaufort semakin dalam trend menurun, namun usaha pencegahan akan terus dilakukan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top