Masiung Santuni Warga Tongod Di Semenanjung

masiung2.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah bersama isteri Datin Grace Elvira Ebin, sempat meluangkan masa bertemu warga DUN Kuamut yang bekerja di Semenanjung, ketika beliau menghadiri jemputan khas persidangan perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mengikut perancangan awal Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah LPPB itu dijangka menyempurnakan Perasmian Bolasepak Persahabatan Warga Tongod yang melibatkan beberapa pasukan namun, keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan banjir kilat yang berlaku, membataskan program tersebut sehingga terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Dalam sesi ramah mesra berkenaan, Masiung turut menyerahkan sumbangan untuk keperluan jersi kepada empat pasukan yang terlibat yang diterima oleh ketua pasukan masing-masing.

Dalam ucapan ringkasnya, Masiung menyatakan kesyukurannya kerana dapat bersua muka dengan warga daerah Tongod di Semenanjung.

Kalaupun agak kesuntukan masa, namun pertemuan itu cukup memberi makna.

“Walaupun jarang sekali kita berjumpa namun sudah pasti saya akan sentiasa mengikuti perkembangan warga Tongod di sini, dan kalau ada di antaranya yang betul-betul memerlukan bantuan seperti yang berlaku ketika PKP lalu atau lainnya saya cuba akan bantu,” katanya.

Masiung turut berharap agar warga Tongod diSemenanjung tidak melibatkan diri dengan kegiatan yang tidak sihat supaya mereka boleh pulang ke kampung halaman bertemu keluarga dalam keadaan baik sebagai warga yang terpuji.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top