Masiung Gesa Percepatkan Pemberian Vaksin Kepada Remaja dan Kanak-kanak

Datuk-Masiung-Banah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pendekatan praktikal wajar dilaksanakan bagi pemberian vaksin kepada remaja dan kanak-kanak susulan peningkatan kes COVID-19 melibatkan golongan itu sejak kebelakangan ini.

Lonjakan kes di negara ini sehingga 30 Mei lalu merekodkan 82,341 kanak-kanak dan bayi telah disahkan positif COVID-19, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah (gambar).

Paling menyedihkan katanya, 19,851 daripada jumlah kes itu adalah kanak-kanak baru lahir dan usia bawah empat tahun.

Manakala 35,639 yang dikesan positif adalah mereka yang berusia 12 hingga 6 tahun, termasuk 5,142 dilaporkan di Sabah.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) merujuk laporan Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM) yang direkodkan sepanjang tempoh 25 Januari 2020 hingga 30 Mei tahun ini.

“Peningkatan kes itu dianggap serius dan tindakan segera perlu diambil tanpa perlu menunggu sehingga kes bertambah parah.

“Lonjakan kes di Sabah minggu lalu juga memberi amarankan kepada kerajaan negeri di mana lebih 75 kes positif COVID-19 adalah kalangan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, ” katanya.

Menurut beliau lagi, golongan remaja dan kanak-kanak di negara ini merangkumi 40 peratus populasi masyarakat dan mereka juga mempunyi hak sebagai rakyat Malaysia.

Justeru itu, Masiung menggesa KKM supaya mempercepatkan kajian vaksinasi kepada remaja dan kanak-kanak di negara ini kerana bilangan kes melibatkan kelompok itu kini semakin membimbangkan.

“Pemberian vaksin kepada golongan remaja dan kanak-kanak dilihat amat penting bagi mencapai imuniti berkelompok sekaligus mengekang penularan pandemik COVID-19,” tambahnya.

Katanya, walaupun kini Program Imunasasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) memberikan fokus kepada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan golongan berisiko, namun beliau berharap remaja dan kanak-kanak turut diberi keutamaan dalam fasa seterusnya.

Beliau mengambil contoh negara jiran Singapura telah pun meluluskan penggunaan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.

Kerajaan juga hendaklah memfokuskan pendekatan untuk memberikan vaksin kepada remaja dan kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh negara China, Hong Kong dan Amerika Syarikat selain Singapura.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top