Masiung beri bayangan PRN diadakan sebelum Jun tahun depan

Masiung-2.jpg
Kongsi Bersama

OLEH: Yussof J. Imbang

 

TONGOD: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah, membayangkan pilihan raya negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan diadakan sebelum pertengahan tahun hadapan.

Sehubungan itu beliau mengesa tiga sayap utama parti itu di Sabah iaitu pemuda, wanita dan beliawanis membentuk jentera masing-masing untuk bergerak satu pasukan dalam kempen PRN yang bakal diadakan bila-bila masa.

ADUN yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan mesyuarat agung tahunan parti itu di Dewan Masyarakat Majlis Daerah di sini, kelmarin.

Sementara itu, empat pemimpin utama parti pembangkang di Kuamut telah mengumumkan keluar daripada parti masing-masing dan menyertai Gagasan Rakyat di kawasan itu.

Mereka ialah Abdul Gafar Jailani bekas Penyelaras UMNO Pusat Daerah Mengundi (PDM) Keramuak, Micheal Orogan, bekas Pengerusi Penyelaras UMNO zon Tongod, Libon Ali, Penyelaras BERSATU Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut dan Timbalan Penyelaras UMNO zon Tongod yang juga Ketua Cawangan UMNO Bingkulat, Kalmin Bambasang.

Masiung mengarahkan ketua-ketua PDM Gagasan Rakyat dan pengerusi zon di setiap kawasan supaya bersiap siaga membentuk pasukan gerak-gampur dalam mendepani PRN.

Menurutnya, Gagasan Rakyat akan menjalinkan hubungan kerjasama dengan parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentukan jentera kempen PRN di seluruh negeri.

”Mulai sekarang semua jentera parti dalam GRS tidak boleh berlengah dan menumpukan usaha menyusun gerak kerja pilihan raya secara aktif.

” Ketiga-tiga sayap utama GRS harus turun padang bagi menyelami masalah masyarakat di peringkat akar umbi selain bergerak dalam satu pasukan dengan matlamat yang sama, ” katanya sambil mendapat tapukan gemuruh kira-kira 500 perwakilan dan pemerhati.

Terdahulu Masiung merasmikan pejabat baharu Gagasan Rakyat Kuamut di Dataran Tongod yang menempatkan pejabat Gagasan Rakyat dan Unit Pemimpin Pembanguan Masyarakat (PPM). – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top