Masiung Belum Putuskan Sertai Mana-mana Parti Politik

masiung-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik buat sementara waktu ini.

Bagaimanapun, wakil rakyat Bebas ini tidak menolak kemungkinan untuk menyertai parti politik pada masa akan datang sebagai platform dalam meneruskan perjuangan.

“Saya juga tidak menolak kemungkinan saya akan memimpin parti sendiri…mana kita tahu.

“Ada dua pilihan tetapi setakat ini, saya lebih selesa buat sementara waktu untuk kekal sebagai wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Ditanya jika beliau ada menerima tekanan dari mana-mana pihak, Masiung akui ada terima pelawaan daripada beberapa pemimpin tertentu.

Selain itu jelasnya, rakyat di kawasan Kuamut turut tertanya-tanya bila lagi akan menyertai parti politik dan hala tuju beliau dalam politik.

“Dalam amanat awal tahun, saya sudah maklumkan untuk tidak menghalang mana-mana individu yang mahu menyertai parti politik, ikut keselesaan masing-masing dan saya tidak ada masalah.

“Apa yang penting kalau kita suarakan kepentingan masyarakat, kita akan sama-sama dalam satu suara.

“Kuncinya jangan buat keputusan secara terburu-buru dalam situasi sekarang ini,” katanya. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top