Masih ada pihak pertikai kos beli bendera – Masidi

masidi-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Sikap segelintir masyarakat yang mempertikai seruan kerajaan untuk mengibar Jalur Gemilang dan Bendera Sabah bagi menyemarakkan sambutan hari Kebangsaan dan Hari Sabah disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun mengakui rasa terkilan apabila ada pihak yang mempertikai kewajaran membeli bendera yang harganya cuma RM10 atau RM12 untuk dikibar di rumah atau premis.

Katanya, Kerajaan sebelum telah melancarkan program bagi menggalakkan rakyat untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah bermula 1 Ogos lalu.

“Selalu saya menyatakan kadang-kadang walaupun sambutan sudah cukup baik khususnya di luar bandar tapi saya agak sedikit terkilan kerana masih ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan kenapa mereka perlu beli bendera RM10, RM12 untuk dikibarkan di rumah, di premis dan sebagainya.

“Saya menyatakan yang barangkali walaupun negara kita ini bukanlah satu negara yang sempurna, negeri kita pun bukan negeri yang sempurna, masih banyak cabaran dihadapan kita.

“Tapi saya fikir berbanding dengan kebanyakan negara di dunia ini, saya menyatakan kita di Malaysia adalah antara yang paling beruntung. Tidak ada kacau bilau, tidak ada malapetaka yang terlalu sukar untuk kita hadapi, tidak ada rusuhan kaum dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sesi temubual bersama Sabah FM di sini kelmarin. – Penerangan Gagasan Rakyat

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top