Masidi Minta Rakyat Faham Kenapa Kerajaan Tak Laksana ‘Lockdown’

Masidi-Manjun.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan tidak melaksanakan perintah berkurung walaupun penularan Covid-19 sangat membimbangkan kerana mahu memastikan rakyat dapat terus menjana pendapatan.

Oleh itu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, DSP Masidi Manjun meminta rakyat supaya memahami keputusan kerajaan itu.

Menurutnya, beliau memahami bahawa penularan Covid-19 membimbangkan semua pihak, namun kerajaan juga faham kesukaran yang dilalui oleh golongan berpendapatan rendah sekiranya perintah ‘lockdown’ dikuat kuasakan.

“Saya tahu ada juga yang mengatakan kenapa kita tidak mengadakan lockdown sepenuhnya, saya faham kenapa kerana ini menunjukkan rakyat bimbang dengan keadaan sekarang tetapi bagi kita yang berpendapatan tetap ,kerja atau tidak kerja kita tetap ada gaji.

“Tetapi bagi mereka yang perlu kerja setiap hari untuk menampung keluarga, kita perlu mempunyai perasaan empati terhadap mereka. Bagi segelintir masyarakat, mungkin RM10 mereka boleh beri orang lain sebagai hadiah, namun kepada mereka yang berpendapatan rendah, RM10 merupakan jumlah yang besar dalam kehidupan seharian mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Akhbar Perkembangan Semasa Covid-19 di Wisma Innoprise, petang tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat keperluan untuk memastikan ekonomi bergerak seiring dengan usaha kerajaan menangani wabak Covid-19 di negeri ini.

“Kita harus melihat satu pemisah atau imbangan antara keperluan untuk menyeramakkan ekonomi kita iaitu membolehkan rakyat biasa menjana pendapatan dengan imbangan untuk kita memastikan kita berjaya menangani Covid-19,”katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top