Masidi fokus tugas, tak terkesan video dakwaan rasuah

Masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata video dakwaan rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang turut dikaitkan dengan dirinya sebelum ini tidak menjejaskan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Katanya, video itu yang disebarkan melalui sebuah portal berita baru-baru ini tidak menunjukkan apa-apa perkembangan baharu dan beliau secara peribadi mengambil pendirian keluar dari isu itu supaya boleh terus menjalankan tugas.

“Secara peribadi, saya berpindah keluar dari isu itu supaya saya boleh melakukan tugas saya. Ini bagi saya adalah… saya tidak tahu apa yang anda panggil, tapi bagi saya ia adalah satu kekecewaan.

“Tapi, ia tidak sepatutnya menghalang kita daripada melakukan tugas kita. Pada akhirnya, kita dipilih sebagai wakil rakyat, jadi kita sepatutnya melakukan tugas kita sebagai wakil rakyat.

“Biarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penyiasatan dan saya yakin mereka akan melakukannya dengan jelas,” katanya ditemui media pada Majlis Penyerahan Kepala Singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025, di sini, semalam.

Masidi yang juga ADUN Karanaan mengulas perkembangan terkini dakwaan skandal rasuah ADUN Sabah yang dikaitkan dengan beliau dan beberapa lagi ADUN kerajaan dari Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Katanya, beliau sentiasa bersedia membantu siasatan SPRM, malah sedia untuk memberi keterangan tambahan jika diperlukan oleh agensi berkenaan.

Sebelum ini, beliau secara sukarela hadir ke ibu pejabat SPRM Sabah untuk memberi keterangan berkaitan video membabitkan dirinya yang didakwa memaparkan perbualan berunsur rasuah.

“Saya rasa kita perlu percaya kepada SPRM untuk menjawab persoalan ini. Saya bersikap jelas, saya gembira untuk bekerjasama, tapi saya sudah datang tanpa dihubungi SPRM bagi menjawab persoalan ini.

“Walaupun mereka tidak hubungi saya, saya jumpa kerana sebenarnya tiada apa-apa yang perlu disembunyikan,” katanya.

 

Sumber: Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top