Masidi bidas GLC yang gagal cipta keuntungan

masidi-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kebanyakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah beroperasi dalam kerugian berbanding mencipta keuntungan dan membayar dividen kepada kerajaan negeri, kata Datuk Seri Masidi Manjun.

Menteri Kewangan Sabah berkata kerajaan tidak dapat bertolak ansur terhadap syarikat-syarikat seperti itu yang sentiasa beroperasi ‘dalam kerugian’ kerana ia hanya membebankan kewangan negeri.

Beliau mengingatkan GLC bahawa kerajaan negeri bukanlah sebuah pertubuhan kebajikan yang boleh terus menyuntik dana kepada mereka apabila mereka kehabisan wang atau mengalami kerugian hanya dengan beroperasi.

Oleh itu, katanya, mereka yang diberi tanggungjawab perlu bingkas atau jika tidak akan ditamatkan perkhidmatan.

“Apa yang boleh saya katakan, kita boleh menjimatkan banyak ketirisan jika semua GLC menunjukkan prestasi yang sepatutnya,” katanya.

Masidi berkata demikian semasa melancarkan Yono Superapp yang dioperasikan oleh Sabah Credit Corporation (SCC) di SICC pada Khamis.

“Ada keperluan untuk mempraktikkan prinsip akauntabiliti dalam pengurusan GLC dan saya ingin mengingatkan semua GLC bahawa pertimbangan utama setiap GLC adalah untuk bukan sahaja memastikan ia berjalan dengan baik tetapi ia menghasilkan wang,” katanya.

Beliau menyeru mereka yang duduk dalam lembaga pengarah atau memegang jawatan pengurusan GLC supaya menunjukkan kecekapan yang lebih tinggi dan mula mengubah cara berfikir mereka.

“Jika anda duduk di sana, anda perlu mengubah perspektif anda, dan jika anda seorang ahli politik, anda mesti bekerja dalam struktur tadbir urus korporat kerana dalam GLC, anda bukan lagi ahli politik.

“Setiap orang yang bekerja di GLC mesti bekerja keras untuk mendapatkan gaji mereka,” tambahnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top