KOTA KINABALU: Sebuah restoran di lapangan terbang Sandakan telah diarahkan tutup selama dua minggu kerana gagal mematuhi peraturan keselamatan makanan, lapor The Star.
Pegawai pemeriksa dari Jabatan Kesihatan Sandakan telah mengeluarkan notis pada Isnin selepas menjalankan pemeriksaan ke atas restoran tersebut susulan aduan orang awam mengenai kebersihannya.
Penutupan ini dilakukan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan notis tersebut telah ditampal di pintu masuk utama restoran.
Mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, pegawai berkuasa boleh mengeluarkan arahan penutupan sehingga 14 hari kepada mana-mana premis yang menyediakan atau menjual makanan dalam keadaan yang boleh membahayakan kesihatan.
Pihak jabatan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penutupan ini.
Menurut para peniaga di lapangan terbang tersebut, ini adalah kali pertama dalam tempoh 40 tahun sebuah premis di kompleks itu diarahkan tutup kerana melanggar peraturan kebersihan.