Masalah Gangguan Bekalan Air, Elektrik Berlarutan Sekat Pelaburan Ke Labuan – Suhaili

suhaili-labuan.jpg

Suhaili (Gambar fail)

Kongsi Bersama

LABUAN: Gangguan bekalan air dan elektrik yang kerap berlaku menyebabkan kekurangan pelaburan ke pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa di Labuan.

Isu yang membelenggu hampir dua dekad itu memburukkan lagi pemulihan ekonomi dan membebankan rakyat dalam jangka masa panjang.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim perlu memberi perhatian serius terhadap masalah yang berpanjangan ini.

“Gangguan bekalan air dan elektrik di Labuan sudah menjadi kebiasaan kepada penduduk di Labuan dan di luar pulau ini kerana ia berlaku setiap minggu selama bertahun-tahun.

“Terdapat ramai pelabur yang ingin melabur di Labuan, namun gangguan bekalan air dan elektrik yang kerap menyebabkan mereka tidak berminat.

“Tiada pelabur yang ingin membina kilang di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik yang mencukupi,” katanya kepada Bernama.

Suhaili yang juga Pengerusi Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan Sabah yang berpangkalan di Labuan berkata lebih banyak pelaburan bermaksud lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

“Saya harap di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang menerajui Kerajaan Perpaduan, Labuan tidak akan ketinggalan dari segi pemberian dana untuk infrastruktur dan keperluan asas,” katanya yang akan bertemu Perdana Menteri untuk melihat penyelesaian terhadap masalah itu.– BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top