Masalah bekalan air di Kampung Karamunting selesai

air-karamunting.jpg

ADUN Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata,kerja-kerja pembaikan dilakukan selama satu hari dan masalah bekalan air di kawasan berkenaan pulih sepenuhnya.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Masalah bekalan air di kawasan Skim Perumahan Kampung Karamunting berjaya dipulihkan sepenuhnya, Ahad lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk mengenai bekalan air di kawasan berkenaan terjejas.

Katanya, lawatan ke kawasan itu segera dilakukan untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi penduduk dan segera mendapatkan bantuan daripada Jabatan Air Sandakan.

“Setelah diperiksa, masalah itu berpunca disebabkan paip air sedia ada tersumbat dan perlu menukar sebanyak tujuh batang paip baharu.

“Justeru, kerja-kerja menukar paip baharu dilakukan sebaik sahaja penduduk menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan media, di sini kelmarin.

Menurutnya, kerja-kerja pembaikan dilakukan selama satu hari dan masalah bekalan air di kawasan berkenaan pulih sepenuhnya.

George menzahirkan terima kasih kepada Jabatan Air Sandakan kerana memberikan kerjasama dan bertindak pantas dalam setiap aduan yang diterima

“Saya berharap penduduk Kampung Karamunting dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan selesa tanpa gangguan bekalan air bersih,” katanya.

— Hamzah Sanudin/Sabah Baru News

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top