Masalah Bekalan Air Bersih Di Pitas Selesai November 2022

mahadzir-n-bung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Penduduk 30 buah kampung di Pitas boleh menarik nafas lega apabila masalah bekalan air bersih dapat diselesaikan dengan siapnya Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) kedua Pitas menjelang November 2022.

Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, loji bernilai RM37.8 juta itu mampu membekalkan air dengan kapasiti 10 juta liter sehari (JLH).

Loji yang sedang dalam pembinaan itu merupakan tambahan kepada LRA sedia ada yang membekalkan empat JHL.

“Ia merupakan projek fasa pertama bagi menyediakan kemudahan air bersih kepada penduduk kampung yang selama ini belum memperoleh bekalan air bersih.

“Dengan pertambahan ini jadi, sekarang (Pitas) sudah ada 14 JLH bekalan air bersih untuk kegunaan penduduk. Tetapi, saya tahu ada lagi kawasan kampung belum dapat kemudahan bekalan air bersih ini.

“Justeru, loji rawatan air perlu ditambah dengan kapasiti sekurang-kurangnya 10 JLH pada masa hadapann.

“Projek loji rawatan air kedua Pitas bagi fasa pertama ini akan siap pada 2022 dan ada lagi fasa dua dan fasa tiga,” katanya selepas lawatan kerja di Pitas semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Menteri Kerja Raya negeri.

Dalam pada itu, Mahdzir turut mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi memperkasa peranan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) serta Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi menyelesaikan isu bekalan air di kawasan luar bandar.

“Ini termasuk menaik taraf infrastruktur bekalan air luar bandar meliputi loji rawatan air dan sistem agihan serta perpaipan lama.

“Ada peruntukan retikulasi di bawah KPLB tetapi ada juga di bawah tanggungjawab KASA.

“Justeru itu, perlu ada kolaborasi kerana matlamatnya adalah sama untuk membantu rakyat di luar bandar,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top