Masa Untuk Kerajaan Timbang Buka Semua Sektor Perniagaan – PBS

Johnny-Mositun.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dan persekutuan perlu mempertimbangkan untuk membuka semua sektor perniagaan bagi membantu membina semula perniagaan dan kehidupan peniaga yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata, rakyat  sedar ancaman COVID-19 dan oleh itu mereka memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi bagi membendung penularan wabak itu.

“Beberapa pengusaha peniagaan yang terjejas adalah terdiri daripada ibu bapa tunggal dan penanggung tunggal keluarga dan mereka juga mempunyai perbelanjaan bulanan seperti sewa, bayaran utiliti serta gaji kakitangan.

“Saya bimbang peniagaan kecil mungkin tidak dapat bertahan pada pusingan kedua PKP ini. JIka ini berlaku, mereka akan menderita dan kita tidak mahu ini berlaku,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, rakyat telah menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam kehidupan serta rutin harian mereka dan oleh itu kerajaan perlu mempunyai keyakinan terhadap mereka untuk mematuhi SOP bagi mencegah penularan COVID-19. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top