Maritim rampas 46 tong petrol bersubsidi cuba diseludup ke Filipina

Seludup-minyak.jpg

Maritim Malaysia rampas 46 tong petrol bersubsidi cuba diseludup ke Filipina. (Kredit foto: Maritim Malaysia)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 46 tong berisi minyak petrol bersubsidi berjumlah 1,150 liter ditinggalkan dalam sebuah bot di perairan Pulau Berhala dekat sini yang dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, sepasukan anggota yang melaksanakan operasi pada 6 petang mengesan sebuah bot dalam keadaan mecurigakan menghala ke Pulau Taganak, Filipina.

“Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan bot itu berhenti menggunakan siren dan pembesar suara untuk pemeriksaan, namun bot terbabit tiba-tiba mengubah arah menuju ke Pulau Berhala, kemudian memecut laju menuju ke perairan cetek berhampiran daratan bagi melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Muhamad Suhairy berkata, pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan dengan enjin sangkut 40 kuasa kuda itu didapati didaftarkan atas lesen perikanan dan siasatan lanjut menemukan tong minyak petrol tersebut.

“Nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot dianggarkan berjumlah lebih RM16,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya lagi. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top