Maritim Labuan Rampas 1,680 Tin Minuman Keras Seludup Di Perairan Menumbok, Dua Ditahan

kastam-rampas-arak.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan menahan dua lelaki dan merampas 1,680 tin minuman keras yang disyaki cuba di seludup dari Labuan ke tanah besar Sabah di perairan Menumbok, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera di perairan Labuan telah mengesan pergerakan sebuah bot penumpang dalam keadaan mencurigakan dari arah Labuan menuju ke Menumbok, kira-kira 7:45 pagi.

Bot berkenaan ditahan dan hasil pemeriksaan menemukan 1,680 tin minuman keras pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam bot terbabit.

Nudin berkata minuman keras berkenaan dipercayai dibawa keluar tanpa kebenaran Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Dua rakyat tempatan masing-masing berusia 35 tahun dan 37 tahun yang juga juragan dan kru bot, ditahan bagi membantu siasatan.

“Bot dan minuman keras berkenaan dibawa ke jeti Maritim Labuan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah maritim untuk menyalurkan maklumat kepada Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di

talian 087-427999.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top