Manifesto terbaharu KDM: Tubuh bank, syarikat penerbangan Sabah

Peter.jpg

Kredit foto; FB Datuk Peter Anthony

Kongsi Bersama

PITAS: Pilih parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pada manifesto Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) akan datang dan Sabah akan memiliki bank dan syarikat penerbangan sendiri.

Itu antara janji KDM melalui dua lagi manifesto terbaharu PRN17 yang diumumkan oleh presidennya Datuk Peter Anthony, pada Majlis Pelancaran KDM Bahagian Kudat, di Kampung Kalipuon, di Pitas, kelmarin.

“Sudah tiba masanya kita mewujudkan bank sendiri (bank Sabah) sama seperti dilakukan Sarawak sebelum ini, ia bagi memudahkan orang-orang kita, orang-orang kampung berurusan, kerana kita tahu semua bank yang ada di negeri kita ketika ini pusatnya di Kuala Lumpur.

“Memang ada juga syarikat penerbangan yang menawarkan harga yang murah RM200, RM300…tapi kadang-kadang ianya naik mendadak terutama di musim perayaan atau cuti,” katanya.

Peter sebelum ini telah mengumumkan lima manifesto KDM sekiranya parti itu menerajui kerajaan selepas PRN17.

Lima manifesto berkenaan adalah melibatkan biasiswa pendidikan, bantuan bulanan kepada warga emas, pemberian rumah kepada golongan miskin, mewujudkan semula pemberian dividen Amanah Saham Sabah serta memberi fokus kepada usaha menambahbaik pengurusan tanah di Sabah.

KDM sebelum ini juga telah mengumumkan akan bergerak secara solo pada PRN17 dengan mensasarkan antara 30 hingga 35 kerusi untuk ditandingi.

Peter berkata, sasaran kerusi itu mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa berikutan permintaan daripada banyak kawasan termasuk di kawasan bukan majoriti Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) serta kawasan campuran.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top