Mangsa Ketiga Banjir Sabah Ditemukan Lemas Di Beluran

mangsa-banjir.jpg
Kongsi Bersama

BELURAN: Selepas enam hari pencarian akhirnya mangsa ketiga banjir ditemukan lemas di sungai berhampiran Ladang Farminggo Sugut, petang kelmarin.

Mayat mangsa, Kaerul, 26, ditemukan pada pukul 1.20 petang oleh pasukan penyelamat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 31 Disember lalu.

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Rastam Keladi berkata, mayat mangsa ditemukan tersepit di celah kayu besar berhampiran tebing sungai pada jarak 1.8 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Mangsa berjaya dikeluarkan dari celah kayu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, rangkaian telefon tidak stabil dan tiada liputan rangkaian trunk radio bersepadu kerajaan (GIRN) di lokasi kejadian.

Operasi tamat pada pukul 6.15 petang.

Sebelum ini, mangsa yang merupakan pekerja ladang dilaporkan hanyut dibawa arus deras ketika cuba menyeberang jalan Kampung Kinadaan yang dinaiki air.

Ketika kejadian, paras air dipercayai setinggi 1.5 meter dan kehilangan mangsa dilaporkan oleh majikannya.

Dua lagi kejadian lemas akibat banjir dilaporkan di daerah ini pada 1 dan 3 Januari lalu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top