Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan Daripada MUTIARA GRS

MUTIARA-grs.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Mangsa kebakaran di Kampung Lorong Sungai Buaya, di sini terus mendapat perhatian daripada kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Terbaharu, seramai 43 ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran di situ menerima sumbangan daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS).

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata pihaknya sangat bersyukur kerana ramai yang tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di sini.

“Katanya, mangsa kebakaran bukan sahaja mendapat bantuan daripada kerajaan tetapi badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli perniagaan juga banyak membantu mereka.

“Saya berharap lebih banyak NGO yang mempunyai kelebihan sumber kewangan datang membantu mangsa kebakaran di sini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian semasa hadir pada majlis penyampaian sumbangan tersebut, di sini kelmarin.

Menurutnya, inisiatif daripada MUTIARA GRS yang menyampaikan sumbangan wang tunai, bakul makanan dan tong gas memasak itu sangat dihargai.

“Sebagai wakil rakyat sangat bersyukur kerana pertubuhan berkenaan turut memilih mangsa kebakaran di kawasan ini sebagai tempat menyalurkan bantuan.

“Saya berharap MUTIARA GRS terus giat turun padang menyampaikan bantuan kepada rakyat di negeri ini terutamanya mereka yang ditimpa musibah,” katanya.

Sementara itu, Penolong Bendahari Kehormat MUTIARA GRS, Datin Wahida Mardiana Norsalim berkata sumbangan ini adalah inisiatif pihaknya bagi meringankan bebanan mangsa kebakaran.

“Walaupun sumbangan ini tidak banyak tetapi saya yakin ia dapat membantu mangsa terutamanya dari segi penyediaan barang keperluan asas keluarga mereka.

“Saya berharap semua mangsa tabah menghadapi dugaan yang diberikan ini dan terus berusaha menjalani kehidupan yang baharu,” katanya. – Utusan Borneo

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top