KOTA KINABALU: Mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Penempatan Telipok kini ditempatkan di Dewan Damai di sini, demikian menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Am Sabah Bahagian Kota Kinabalu, Sharynur Sapdi.
Menurutnya selepas mendapat laporan mengenai kejadian kebakaran itu semalam, pihaknya mengaktifkan pusat pemindahan mulai jam 3 petang.
“Ketiga-tiga dean itu ialah Dewan Damai, Dewan Luyang dan Dewan Likas. Dua dewan terakhir itu diletakkan dalam ‘standby mode’,” katanya.
Kebakaran yang berlaku pada jam 1.30 tengah hari Sabtu itu mengakibatkan 23 buah rumah musnah dan 115 orang tinggal sehelai sepinggang.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut Shrynur, mangsa di pusat pemindahan diberikan keperluan bantal, selimut, tuala mandi, seluar panjang dan lain-lain serta bantuan di bawah TRDD yang disyorkan seperti peralatan dapur, makanan mentah dan makanan bermasak.