Mangsa Kebakaran Kg Meruntum Ditempatkan Di PPS

shahelmey-1.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN: Sebuah Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa kebakaran di perkampungan atas air Kampung Meruntum, Putatan, kelmarin.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya berkata, PPS tersebut ditempatkan di PPR Serigai dengan proses pemindahan mangsa kelmarin  dipergiatkan.

“Kita mengaktifkan pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna PPR Serigai Ketiau yang berdekatan dengan Kampung Meruntum ini, lebih kurang setengah kilometer saja.

“Jadi kita berharap tidak ada kemalangan jiwa yang terlibat, walaupun kalau dilihat buat masa ini jumlah rumah yang terlibat ini begitu banyak sekali dan merupakan satu ujian kita semasa kita meraikan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan ke lokasi kejadian, semalam.

Beliau yang juga Adun Tanjung Keramat berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa kebakaran itu.

“Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Putatan, Polis, Bomba dan Rela serta lain-lain agensi terlibat dalam operasi petang ini,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, anggaran awal kediaman yang terlibat kebakaran tersebut adalah mencecah kira-kira 30 buah rumah.

“Operasi memadam daripada pihak bomba masih giat dijalankan dan polis turut membuat kawalan keselamatan untuk mengelak kejadian tidak diingini.

” Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini, “katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top