Mangsa Kebakaran Kg Lorong Sungai Buaya Terima Sumbangan KYS

nizam-mangsa-kebakaran.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Seramai 62 ketua keluarga yang terlibat dengan kebakaran di Kampung Lorong Sungai Buaya pada 8 Januari lalu menerima sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) semalam.

Majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Gulamhaidar berkata, KYS telah menyerahkan sumbangan berupa keperluan harian termasuk barangan elektrik kepada semua ketua keluarga yang terlibat.

“Kami berharap dengan sumbangan yang disalurkan ini akan dapat meringankan beban mangsa terlibat khususnya mereka yang mempunyai anak-anak kecil.

“KYS amat bersimpati terhadap mangsa bencana yang terjejas dan mendoakan agar mereka tabah dalam menghadapi ujian yang amat sukar ini,” katanya.

Sementara itu, Nizam menzahirkan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana membantu mangsa kebakaran di sini.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini sangat bersyukur kerana Kumpulan Yayasan Sabah turut membantu keluarga yang terjejas akibat kebakaran.

“Saya percaya dengan bantuan ini dapat mengurangkan bebanan dan memudahkan KIR mangsa kebakaran meneruskan kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata inisiatif Kumpulan Yayasan Sabah dalam menyalurkan bantuan seperti ini perlu dicontohi.

“Saya berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta lain yang mempunyai kemampuan supaya turut tampil melaksanakan CSR membantu masyarakat memerlukan di negeri ini,” katanya.

 

Kredit foto: FB Nizam Abu Bakar Titingan

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top