Mangsa Kebakaran Kg Kurnia Jaya Terima Bantuan RM500 Setiap KIR

bantuan-kebakaran-1.jpg

Malai Ali (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Ariffin (tiga dari kanan) disaksikan oleh Hajiji (tengah).

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mangsa kebakaran di Kg Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas Tawau menerima sumbangan RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) pada Selasa.

Sumbangan Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) itu diserahkan oleh Timbalan Dipertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, dengan disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Menurut Arifin, bantuan tersebut akan diagihkan kepada lebih 500 KIR dengan jumlah RM500 bagi setiap keluarga.

“Kita telah mendapat maklumat terperinci berkaitan 500 keluarga yang terjejas akibat kebakaran ini.

“Oleh itu, MUIS akan membantu meringankan sedikit sebanyak beban ditanggung mangsa dan semoga ada manfaatnya,” katanya kepada media.

Beliau juga meminta agensi agama lain selain MUIS seperti Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) untuk tampil membantu meringankan masalah dihadapi penduduk terlibat.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top