Mangsa Kebakaran Akan Dibantu Melalui MUIS Dan JHEAINS – Arifin

arifin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif (gambar, kanan) telah melakukan lawatan kerja ke Kampung Tanjung Aru yang terlibat dalam kebakaran pada pagi Selasa.

Katanya, beliau akan mendapatkan maklumat daripada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) mengenai jumlah sebenar keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu bagi membolehkan pihaknya menyalurkan bantuan kepada mereka.

“Setelah kita memperoleh maklumat daripada PPM, kita akan menyampaikan bantuan yang sesuai melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

“MUIS dan JHEAINS sebelum ini juga pernah menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru dalam kejadian yang berlaku pada Mei lepas. Dan mangsa kali ini juga akan menerima bantuan serupa seperti bakul makanan dan kewangan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo selepas melakukan lawatan ke lokasi kebakaran di Kampung Tanjung Aru petang tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut memberitahu, pihaknya juga akan tampil membantu mangsa kebakaran di Semporna.

Beliau meminta Pejabat Daerah Semporna dan JHEAINS Semporna untuk mengenal pasti keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran bagi membolehkan pihaknya menyalurkan bantuan kepada mereka.

“InsyaAllah saya akan ke Semporna dalam masa terdekat (seminggu dua) bersama rombongan JHEAINS dan MUIS setelah mereka yang terlibat telah dikenalpasti. Pada masa sama kita akan turut melawat sekolah-sekolah dibawah jagaan kita dan juga masjid-masjid disitu, ” katanya. – UTUSAN BORNEO


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top