Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat

banjir-3.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah di negeri ini meningkat kepada 1,447 orang berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu, sejak beberapa hari lalu.

Mengikut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah setakat jam 9 pagi tadi, beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) terpaksa dibuka sejak semalam.

Katanya, ia berikutan semakin banyak kawasan perkampungan serta perumahan yang terjejas dan ditelenggelami air.

“Antara PPS dibuka adalah Rumah Kebudayaan Kaubatang Lama yang menempatkan 34 mangsa, Rumah Kebudayaan Mamaitom (12 mangsa), Rumah Kebudayaan Marias (72 mangsa), Dewan Gereja (RC) Kampung Bangkulin (55 mangsa).

“Dewan Sri Ontoros, Tenom, pula mencatatkan paling ramai mangsa dengan 476 mangsa manakala 160 lagi mangsa ditempatkan di Dewan Mini Jinuin Jimin,” katanya.

Menurutnya, 88 lagi mangsa dipindahkan ke Dewan Kebudayaan Pamaluyan dan 226 mangsa ditempatkan di Rumah Kebudayaan Angalor.

Katanya, jumlah keseluruhan penduduk yang terjejas dan dipindahkan adalah membabitkan keseluruhan 33 perkampungan.

“Sebuah lagi PPS dibuka di Dewan Sindumin, Sipitang dan kini menempatkan empat mangsa yang baru dipindahkan, malam tadi.

PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir Beaufort yang menempatkan 65 mangsa sehingga malam tadi turut meningkat kepada 294 mangsa pagi tadi.

Mengikut laporan yang dikeluarkan jam 4 petang semalam, hanya seramai 332 orang mangsa banjir membabitkan 86 keluarga dipindahkan dengan daerah Tenom mencatatkan jumlah penduduk paling ramai terjejas akibat banjir.

Semua mangsa berkenaan turut membabitkan tiga daerah lain iaitu Beaufort, Keningau dan Sipitang. – AsiaTimes/Sabah Post


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top