Mangsa banjir di Sabah kekal, di Sarawak menurun

banjir-bukit-garam-kinabatangan.jpg

Keadaan banjir di Pangkalan Bukit Garam akibat limpahan Sungai Kinabatangan ketika tinjauan di sini hari ini. (FOTO BERNAMA)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal, manakala di Sarawak menurun setakat pukul 8 malam tadi.

Menurut Bernama, jumlah mangsa banjir di negeri ini kekal seramai 137 orang daripada 140 keluarga.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan Kinabatangan merupakan satu-satunya daerah masih dilanda bencana itu.

Menurut jawatankuasa itu, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau menempatkan 36 orang daripada 13 keluarga, manakala PPS SK Bukit Garam menempatkan 101 orang daripada 27 keluarga.

Di SARAWAK, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan mangsa banjir di Bintulu menurun kepada 2,429 orang berbanding 2,466 di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) petang semalam, manakala 1,372 lagi mangsa di Miri masih berada di 11 PPS berbanding 1,390 orang sebelum ini.

Jumlah mangsa di lima PPS di Sibu pula meningkat kepada 828 orang berbanding 825 orang petang semalam, sementara di Serian jumlah mangsa kekal 792 orang di dua PPS.

Jumlah mangsa di Samarahan menurun kepada 426 orang di empat PPS berbanding 523 orang petang semalam, manakala peningkatan jumlah mangsa dialami di Mukah dengan 313 orang malam tadi berbanding 263 orang petang semalam, berlindung di empat PPS.

Secara keseluruhan 32 PPS masih aktif setakat malam tadi selepas sebuah PPS di Samarahan ditutup semalam.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top