KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin yang mengumumkan secara terbuka hasratnya menjadi perdana menteri satu hari nanti, berkata lonjakan besar Malaysia seterusnya bergantung kepada dasar pelaburan semula dalam industri pembuatan baharu.
Katanya, Malaysia sepatutnya mengukuhkan kedudukannya dengan memilih sektor pembuatan strategik sama ada membabitkan komponen kapal terbang, industri semikonduktor atau dalam sektor lain, justeru menjadikan negara bersedia menerima kemasukan pelabur yang ingin mencari hab pembuatan.
Beliau berkata, ekonomi berada pada kedudukan kukuh selepas pandemik, namun pembaharuan struktur perlu dilaksanakan segera untuk terus maju.
Dalam wawancara bersama FMT, Khairy yang menggambarkan diri sebagai “saya suka menyelesaikan masalah”, mengemukakan pandangannya untuk negara mara ke depan.
Katanya, tetapan semula (reset) diperlukan dalam dasar berkait ekonomi, sistem pendidikan dan kebajikan serta perlindungan sosial, di mana digambarkannya setakat ini sebagai “pembaharuan berlaku perlahan”.
” (Lihat kepada) struktur ekonomi negara ini. Adakah kita terlalu bergantung kepada sektor tertentu sahaja? Apa yang perlu kita lakukan berhubung subsidi? Apa yang perlu dilakukan berkait pendapatan kerajaan?” katanya.
Baca seterusnya di: FMT