Sepucuk surat oleh CEO Dewan Perniagaan Eropah-Malaysia (Eurocham Malaysia) Sven Schneider kepada para anggotanya membayangkan kerajaan berhasrat mengumumkan penutupan ekonomi secara menyeluruh selepas 4 Feb, jika bilangan kes Covid-19 di Malaysia terus meningkat.
Seorang sumber Eurocham yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan ketulenan surat itu tetapi berkata ia ditujukan untuk edaran di kalangan anggotanya sahaja.
Surat itu mengandungi rumusan mesyuarat “mustahak dan segera” antara Schneider dengan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Luar Negeri (Miti) Lokman Hakim Ali dan para pegawai lain pada 22 Jan lalu, yang antara lain menyebut bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) “menyatakan pendirian jelas berhubung penutupan menyeluruh ekonomi”.
“Jika kadar jangkitan tidak berkurang, kerajaan akan mengumumkan penutupan/sekatan pergerakan ketat serta-merta selepas 4 Feb.
“Inilah situasi semasa yang sedang kita hadapi dan Miti meminta semua syarikat, sama ada tempatan atau dari luar, untuk menyertai usaha mengurangkan jangkitan, memutuskan rantaian, dan agar ekonomi terus berjalan,” menurut surat itu.
baca seterusnya di malaysiakini