Majoriti Bajau Laut Orang Islam Sebelum Ebit Liew Datang – Mufti Sabah

mufti-bungsu-aziz-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Badan agama Islam Sabah memuji tindakan pendakwah terkenal Ebit Lew mengIslamkan masyarakat Bajau Laut secara beramai-ramai, namun menjelaskan etnik itu kebanyakannya sudah pun beragama Islam sebelumnya.

Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar (gambar) berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengklasifikasikan etnik Bajau Laut sebagai masyarakat Islam berdasarkan laporan dan kaji selidik.

“Setakat yang saya tahu, Bajau Laut atau masyarakat Pala’u dianggap sebagai orang Islam. Berdasarkan kaji selidik JHEAINS beberapa tahun lalu, mereka diklasifikasikan sebagai Islam,” katanya ketika dihubungi Malay Mail.

Bungsu berkata, beliau sedar tentang kedatangan Ebit Lew ke Sabah kecuali majlis pengIslaman yang dipercayainya perkara yang tidak dirancang.

Namun katanya pengIslaman itu masih sah selagi mereka mengucapkan shahadah dan percaya dengan Allah.

“Masuk Islam itu mudah, seseorang hanya perlu percaya kepada Allah, ikhlas dan yakin tidak ada tuhan selain-Nya, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, kemudian lafaz shahadah.

“Dari pandangan agama, mereka sudah memeluk Islam,” katanya ketika ditanya tentang prosedur yang diperlukan untuk mengIslamkan masyarakat secara beramai-ramai.

Namun katanya proses pendaftaran agama melibatkan komuniti terbabit mungkin melibatkan hal berbeza memandangkan kebanyakan 157 penduduk Pulau Tatagan di Semporna dipercayai tidak memilki dokumen ekoran hidup mereka yang nomad.

“Biasanya saudara baru perlu datang ke pejabat untuk proses pentadbiran, iaitu dengan mendaftar, ambil foto, dan beberapa prosedur lain.

“Tetapi jika mereka tidak ada dokumen atau tidak ada kerakyatan, prosesnya menjadi lebih rumit,” katanya.

Katanya isu itu pula melibatkan agensi lain seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ebit pada 31 Januari lalu memuat naik hantaran di media sosial, mendakwa sudah mengIslamkan 157 Bajau Laut selepas memberi bantuan makanan dan lain-lain keperluan.

Ebit ketika itu dalam misi bantuan kemanusiaan 10 hari ke daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

 

Sumber: Malay Mail

 

Beliau juga merancang untuk membina sekolah dan menjangkakannya siap dalam masa sebulan, malah sudah menemui enam guru yang boleh berbahasa tempatan untuk mengajar di tiga sekolah yang bakal dibina keseluruhannya.

Malay Mail difahamkan sebelum ini kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) lain sudah menyantuni masyarakat Bajau Laut di Tatangan, serta pulau-pulau berdekatan termasuk Maiga, serta penduduk kampung kawasan Taman Laut Tun Sakaran untuk diIslamkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top